Hi, lately ni aku rasa terbuku sgt. Rasa mcm tak terkeluar semua isi hati yang ada dkt dalam ni. Rasa berat tanggung sendiri tak tahu dekat siapa patut cerita dan share. Sakit yang sampai kau tak tahu nak express and nak cerita mcm mana. Sakit yang tak mampu nak berkata kata.
Posts
Showing posts from February, 2024
- Get link
- X
- Other Apps
Kadang terfikir, apa yang aku buat salah dekat orang sampai orang hukum aku mcm ni.. Orang tinggalkan aku, orang menjauh dari aku. Sedangkan dalam setiap usaha aku menjaga hati dan menjaga pergaulan dgn org, semua usaha aku tak kurang satu pun. Sentiasa menduhulukan hati dan perasaan orang sehingga aku tak perasan, senyum dan tawa aku hilang.. Hilang dalam masa aku menjaga senyum dan tawa yang lain.. Hilang dalam masa aku menjaga hati dan perasaan orang lain.. Hilang dalam masa aku memberi usaha yang secukupnya utk yang lain namun bukan utk diri aku.. Berat mana lagi perlu aku rasa untuk aku dapat rasa sikit sahaja bahagia? Susah mana perlu aku usahakan untuk aku dapat apa yang aku inginkan? Aku perlu jadi apa dan apa perlu aku buat untuk aku dapat rasa walau sementara? 2024, aku tak kuat.
- Get link
- X
- Other Apps
Langkah yang dirantai seluruh daun meluruh Jatuh menyelubungi semakin jauh semakin menghindari Terang yang tidak lagi dilihat gelap yang semakin gerak geri terus diperhati sakit yang kulalui tidak kau ketahui fikiran ku bercelaru senyum yang terukir semakin pudar semakin hilang tidak mampuku tidak mampuku merasa bahagia yang sama walaupun senafas Jerat yang semakin jelas berat kaki yang semakin terasa bahagia apa yang kau janjikan hancur tidak berdaya tak ingin aku bertahan bahagia bukan untuk ku hati tak menentu tunjukkan ku jalanmu beri aku sinar mu bawa ku pergi jauh bawa ku pergi untuk selamanya